Jumaat, 20 Mei 2011

Memilih Pemimpin

Dalam kita menguruskan dan mentadbir Negara, kita hendaklah memikir bagaimana kita hendaklah memilih pemimpin yang mempunyai cirri-ciri seorang yang berkebolehan dalam segala aspek.

Di ruangan ini, saya mengambi l satu inisiatif dan pembuka minda kepada rakyat bagaimana untuk memilih pemimpin. Tanggungjawab seorang pemimpin samada di akar umbi atau di peringkat antarabangsa adalah besar. Agama Islam telah menyatakan bagaimana cirri-ciri seorang pemimpin di antaranya ialah :

1. Bertakwa kepada Allah SWT.
2. Mengikhlaskan diri dalam menjalankan tugas-tugas harian mereka.
3. Mempunyai akal yang sihat dan pintar.
4. Berlemah lembut serta beramah tamah
5. Berani menyatakan kebenaran.
6. Merendah diri dalam erti tidak berpegang dengan pangkat dan jawatan
7. Suka memberi kemaafan
8. Tidak cepat naik kemarahan
9. Menepati janji.
10. Menjauhi diri dari kemungkaran.
11. Bersikap adil dalam setiap urusan.
12. Tidak mencaci dan mencela orang lain
13. Tidak membuka rahsia kekurangan orang lain.

Dan banyak lagi sifat-sifat kebaikan yang pasti diikuti oleg seorang pemimpin di dalam menjalankan tugas harian mereka, kerana setiap mereka itu akan bertanggungjawab di hadapan Tuhan Rabbul Jalil di hari kemudian nanti. Dan Ingatlah bahawa balasan Allah tetap berlaku bila tiba masanya di hari pembalasan di akhirat nanti.

Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah menetapkan garis panduan tentang pemilihan seorang pemimpin. Sebagaimana sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a Nabi bersabda :

Maksudnya :

“ Barang siapa menyerahkan pekerjaan kaum muslimin kepada seseorang padahal masih ada yang lain lebih berhak daripadanya sesungguhnya ia mengkhianati terhadap Allah dan Rasulnya dan suatu riwayat baginda bersabda : Ia mengkhianati terhadap kaum muslimin seluruhnya ”.

Untuk mencalonkan seorang pemimpin mengikut pandangan Islam caranya dibuka lebar pintu pencalonan dengan tidak terkecuali kepada siapa juga. Yang penting kepada orang yan g berkelayakan sebagai seorang pemimpin serta mampu meneraju mereka yang dibawah pimpinannya.

Ingtlah kita bahawa untuk kemajuan dan kemakmuran sesebuah kampung, masyarakat dan Negara terletak di atas bahu para pemimpin. Sekiranya baik mereka itu serta mempunyai kebolehan maka kampung, masyarakat dan Negara akan ikut maju dan makmur, sebaliknya pemimpin yang lemah tidak beramanah suka mencari kepentingan diri peribadi, masyarakatnya, Negara akan mengalami kemunduran dan kehancuran semata-mata.
Oleh itu, marilah kita memilih pemimpin kita dengan terbaik serta mampu menangani dan mempunyai kebolehan serta sanggup bertanggungjawab dan menjalankan urusan mengikuti kaca mata Islam, mudah-mudahan yang kita pilih bersama itu akan menghasilkan kemakmuran umat dan Negara.

Allahuma, wahai Tuhan kami, tunjukkanlah kami seorang pemimpin yang jujur lagi beramanah, mudah- mudahan dengan adanya mereka itu dapat membawa kami sekalian ke arah yang diredhai Allah SWT, moga-moga kami sekali dapat menjalankan agama Mu den
An baik. Maju jaya dunia dan akhirat. Amin ya Rabbil alamin.

Sekian.

Sabtu, 2 Januari 2010

Mengapa Solat Zohur dan Asar dibaca perlahan, tetapi Maghrib, Isya & Subuh dibaca kuat dan nyaring ?

Assalamualaikum………….Agak lama saya tidak menjawab persoalan Amin, yang bertanyakan “ Mengapa Solat Zohur dan Asar dibaca perlahan, tetapi Maghrib, Isya & Subuh dibaca kuat dan nyaring ? “ Mengapa lama ? Kerana saya terpaksa mencari bahan rujukan yang memuaskan hati untuk menjawab persoalan sebegini. Akhirnya saya temui jawapan yang dibahaskan oleh Imam as-Sya’rawi didalam Tafsirnya, sewaktu beliau mengulas ayat 87 .Surah Yunus yang berbunyi :] وَاجْعَلُواْ بُيُوتَكُمْ قِبْلَةً وَأَقِيمُواْ الصَّلاَةَ { [يونس: 87].Yang bermaksud “dan jadikanlah rumah-rumah kamu tempat sembahyang, serta dirikanlah sembahyang di dalamnya;”Beliau menyatakan didalam Tafsir tersebut “ pengikut Nabi Musa AS diarahkan oleh Nabi Musa untuk mendirikan solat didalam rumah-rumah mereka, agar terhindar daripada kejahatan musuh-musuh yang ingin menindas & menganiya mereka. Keadaan mereka samalah dengan apa yang dialami oleh kaum Muslimin diperingkat awal keislaman dan pensyariatan Solat. Kaum Muslimin amat lemah ketika itu. Diketika itu jua Umat Islam hanya mendirikan Solat didalam rumah. Inilah RAHSIA KENAPA SOLAT TIDAK DIZAHIRKAN BACAANNYA PADA WAKTU SIANG. Tujuannya agar : MUSUH ISLAM TIDAK DAPAT MENCARI & MENGETAHUI DIMANA TEMPAT SOLAT & BERKUMPULNYA UMAT ISLAM.Adapun pada waktu malam, Nabi SAW menyaringkan bacaan dengan tujuan untuk mengajar Para Sahabat RA cara & kaedah membaca al- Quran. Berikut ialah teks arab yang menyatakan pandangan Imam Sya’rawi ini “فإقامة البيوت هنا مشروطة بأن يجعلوا بها قبلة لإقامة الصلاة بعيداً عن أعين الخصوم الذين يضطهونهم، شأنهم شأن المسلمين الأوائل حينما كان الإسلام ـ في أوليته ـ ضعيفاً بمكة، وكان المسلمون حين ذاك يصلون في قلب البيوت، وهذا هو سر عدم الجهر بالصلاة نهاراً، وعدم الجهر يفيد في ألا ينتبه الخصوم إلى مكان المصلين.وأما الجهر بالصلاة ليلاً وفجراً، فقد كان المقصود به أن يعلمهم كيفية قراءة القرآن.Wallahua’lam…..

Petikan dari www.zahimhelmi.blogspot.com oleh Ustaz Akhi Zahim Hilmi

Ahad, 20 Disember 2009

Lawatan ke Mukim Silabukan

Bila saya melihat perumahan mesra rakyat, saya begitu amat bersyukur dan berterima kasih kerana kerajaan Negeri begitu prihatin dengan masalah rakyat yang tidak memilik rumah. Dengan kadar sewa bulanan RM140.00, maka ramailah rakyat yang berpendapatan rendah dapat manfaatnya.
Pada 20hb. Disember. 2009 saya dan beberapa pemimpin tempatan di kawasan Tungku telah mengadakan lawatan ke POIC Lahad Datu. Saya telah membawa seorang wartawan dari Berita Harian iaitu En. Hasan Omar untuk melihat keadaan pembangunan di kawasan Tungku. Selepas lawatan dari POIC saya dan rombongan ke Perumahan Mesra Rakyat di Kg. Binung. Turut kami lawat ialah pembinaan rumah di Sri Gemilang dan ke Silabukan Peringkat II. En. Omar telah menemu ramah beberapa orang peneroka di kawasan tersebut. Lawatan pada 21/12/2009 ialah ke kawasan Mukim Tungku di mana saya dan rombongan akan membawa En. Hasan melihat pembangunan di kawasan Tungku.

Majlis Perkahwinan adik perempuan saya di Kg. Telisai, Tungku

Pada 19hb. Disember. 2009 bersamaan 2 Muharram telah dilangsung majlis perkahwinan adik perempuan saya Rabiah telah melangsung perkahwinan dengan lelaki pilihan iaitu Suhaimi. Majlis akad nikah berlangsung pada sebelah petangnya, dengan dinikahkan oleh Ustaz Deraman Serkawi, jurunikah kawasan Kg. Telisai/Manar. Pada sebelah malamnya majlis persandingan diadakan bagi menjemput semua ahli keluarga di Kg. Telisai serta rakan kedua belah pengantin.

Isnin, 14 September 2009

Masjid Al-Badrul, Kg. Telisai tuan rumah penyerahan bantuan kepada ibu tunggal, anak yatim dan warga tua oleh Pergerakan Wanita Silam

Pergerakan Wanita Umno Silam telah mengadakan majlis penyerahan bantuan berbentuk makanan kepada ibu tunggal, anak yatim dan warga tua di Masjid Al-Badrul Kg. Telisai. Majlis dimulakan dengan tadarus Al- Quran yang dibacakan secara beramai-ramai oleh penduduk kg. Telisai dan penyerahan bantuan makanan kepada ibu tunggal, anak yatim dan warga tua. Bantuan makanan berupa beras disumbangkan oleh Pergerakan Wanita Silam dan wang tunai serta makanan yang lain disumbangkan sendiri oleh Ketua Wanita Silam Puan Hajah Saleha Abd Wahid. Menurut Puan Hajah Saleha, pergerakan wanita Umno Silam akan sentiasa mengadakan majlis seumpama ini bagi keperihatian wanita Umno terhadap ibu tunggal, anak-anak yatim dan warga tua di kawasan Silam ini. Adalah menjadi tanggungjawab pihak seperti kami menyumbangkan pelbagai bantuan bagi meringankan beban sempena Aidil Fitri yang akan menjelang tiba, ujarnya semasa menghadiri majlis tersebut. Kampung yang terlibat dalam majlis tersebut ialah Kg. Telisai dan Kg. Makuau. Puan Hajah Saleha juga turut berbuka puasa bersama-sama warga tua, anak-anak yatim dan ibu tunggal yang hadir pada majlis tersebut.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Anak Negeri Tungku En. Hj. Abdul Malek Hj, Aidala, Pegawai Kemajuan Rakyat N49 Tungku En. Kamarudin Hj. Hamid, Pemaju Masyarakat N49 Tungku En. Salleh Kamin Sajiran, Ketua Kampung Telisai En. Maihaddin Alibasa, Ketua Kampung Mambatu En. Hussin Umar.

Rabu, 2 September 2009

Industri Penanaman Lada di Kg. Makuau, Tungku

Inilah hasil lada yang telah di kisar dan dibotolkan ,seterusnya dihantar ke pelanggan beliau di kawasan Tungku.
Lada yang telah dikisar
Mesin pengisar Lada ini berharga RM 3,000.00, berkat hasil usaha En. Ahmad Ghani beliau mampu memilikinya.





Beginilah pokok lada yang begitu subur, walaupun musim kemarau melanda sekarang ini.



Saya sendiri melawat penanaman lada En. Ahmad Ghani, di Kg. Makuau, Tungku




Seorang penduduk di kg. Makuau, Tungku En. Ahmad bin Ghani mengusahakan penanaman ' lada padi pertanian ' yang mempunyai keluasan tanah iaitu 2.5 ekar. Beliau memulakan penanaman lada jenis ini bermodalkan RM3,000.00 sahaja. Anggaraan purata pendapatan bersih dalam sebulan ialah RM4,000.00. Bagi pendapatan perkilo, beliau mampu memperolehi sehingga 800 kilo sebulan. Walaubagaimanapun, harga pasaran lada ini adalah tidak menentu, kadang-kadang harga mencapai sehingga RM 9.00 sekilo, dan kadang-kadang juga harga menjunam jatuh sehingga RM 2.00 sekilo. Bagi hasil lada yang telah dikumpulkan akan di hantar ke Kota Kinabalu, kerana En, Ahmad Ghani mempunyai pelanggan yang tetap membeli hasil lada beliau. Apabila permintaan tinggi dari pelanggan, maka En. Ahmad Ghani terpaksa membeli lada dari luar seperti penanam-penanam lada kecil-kecilan untuk mencukupkan koata yang telah diminta oleh pelanggan beliau.
En. Ahmad Ghani memaklumkan kepada saya, bahawa beliau tidak pernah menerima apa-apa bantuan daripada kerajaan termasuk modal penanaman lada . Tetapi beliau selalu menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Daerah, dan ini membantu beliau dalam menguruskan penanaman lada di kebun sendiri. Tanpa bantuan subsidi beliau boleh berjaya dalam bidang pertanian. Pada Februari 2009 beliau telah memohon pinjaman kewangan daripada TEKUN untuk beliau membesarkan lagi perniagaan Lada beliau, tetapi sehingga hari ini, kelulusan tersebut belum diperolehi. Beliau berharap agar pihak kerajaan dapat mempercepatkan dan meluluskan pinjaman beliau daripada TEKUN dan seterusnya beliau akan membina kilang untuk memproses lada sendiri.

Selain dari itu, beliau mempunyai mesin pengisar lada untuk dibotolkan dan dijual di kawasan yang terdekat, seperti di pasar Felda Anjung Teduh, Pasar Felda Cenderawasih, Desa Kencana dan kedai-kedai runcit di sekitar pekan Tungku. En. Ahmad Ghani boleh dihubungi melalui Handphone 016-8260523 atau 016-8303523 dan alamat " Sayur Mas Enterprise " KM56, Jalan Tungku, Kg. Makuau, Peti Surat No. 61465, 91123 Lahad Datu, Sabah.

Ahad, 30 Ogos 2009

Kawasan Tungku dalam peta Negeri Sabah

Kedudukan Tungku berada di sebelah timur negeri Sabah. DUN Tungku wujud pada tahun 2004, di mana wakil rakyatnya ialah Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said sehinggalah ke hari ini. YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili telah membawa perubahan yang besar kepada status Tungku apabila pada bulan Mac 2007, Tungku telah dinaik taraf ke Daerah Kecil. Tungku juga amat terkenal, apabila, kewujudan Felda yang telah membawa kepada perubahan besar kepada ekonomi di kawasan Tungku. Kedudukan kawasan Pilihanraya ialah bermula dari Mukim Segama ke Mukim Tambisan. Salah satu Dun yang terbesar di Negeri Sabah. Majoriti penduduk di kawasan Tungku adalah suku kaum Bajau, diikuti oleh suku kaum Dusun Begak, Irananun dan lain-lain bangsa.

Rabu, 26 Ogos 2009

Sejarah Tambisan Pulau dan Tambisan Darat

Saya sendiri selalu datang melawat Tambisan Darat dan Tambisan Pulau. Menaiki perahu untuk ke Tambisan Pulau.




Lawatan En. Gari dari kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah

Lawatan Datuk Nasir Bin Tun Sakaran ke Daerah Tambisan. Bergambar di hadapan Pejabat Daerah Kecil Tambisan.




Lawatan En. Gari ke Tambisan dan rombongan dari Pejabat Daerah Kecil Tungku, Mengiringi beliau ialah Penolong Pegawai Daerah Tungku, En. Ibrahim Abd Hakim.

Pada bulan Zulhijjah 1818 di zaman pemerintahan British, bapa saya bernama Sarabi Bin Sakbani berpindah daripada kg. Libaran ke Pulau Tambisan seramai 12 orang. Apabila mereka sampai di Tambisan Pulau, mereka terus membahagi-bahagi tanah di Tambisan Pulau dan sekali gus membersihkan tanah yang mereka perolehi masing-masing. Selepas membersihkan tanah masing-masing, mereka balik semula ke Libaran untuk mengambil benih kelapa pisang dan ubi kayu. Apabila mereka datang semula ke Tambisan, mereka bercucuk tanam di tanah yang mereka bahagi-bahagikan. Tanaman mereka subur dan menghasilkan makanan harian mereka. Dalam tempoh beberapa tahun kemudian, kebanyakan mereka yang berpindah ke Tambisan Pulau telah mengalami sakit yang berpanjangan. Oleh yang demikian, mereka mengambil keputusan untuk kembali ke Libaran serta meningalkan tanaman yang mereka tanam.
Selang beberapa tahun, bapa tiri kepada Imam Mansor yang bernama Mandaring dan bersama birasnya yang bernama Imam Laja pergi ( 12 orang yang berpindah ke Tambisan pada tahun 1818) ke kepulauan Suluk, Filipina untuk membeli Beras, Sebelum mereka berdua ini ke Filipina, mereka singgah di Tambisan untuk melihat tanaman mereka yang pernah mereka tanam sebelum ini. Setelah berfikir panjang, maka mereka mengubah fikiran untuk kembali ke Tambisan. Selang beberapa bulan mereka semua mengambil keputusan untuk berpindah ke Tambisan dan melantik seorang ketua kampung Tambisan yang pertama bernama Panglima Tumikbi semasa pemerintahan kerajaan British. Apabila mereka sampai di Tambisan, mereka mengambil semula tanah yang telah mereka bahagi-bahagikan dahulu. Ketua kampung Panglima Tumikbi ke Lahad Datu untuk memohon tanah yang telah mereka bahagi-bahagikan di Distrik Office. Rasdin Muji berbangsa British yang bertugas pada masa itu, telah meluluskan permohonan tanah mereka. Selepas Panglima Tumikbi meninggal dunia, Allahyarham telah digantikan oleh Said bin Tahir menjadi Ketua Kampung Tambisan. Pada tahun 1946, Jepun datang ke Tambisan selepas itu, Jepun menyerah kalah dan diganti pula oleh Kerajaan Australia. Selepas kerajaan Australia mengambil pentadbiran Tambisan, pihak British mengambil alih pentadbiran.Ketiadaan Polis pada masa itu menyebabkan pihak Kerajaan British melantik seorang penduduk tempatan iaitu Alawanga bin Mantas sebagai kerani dan Polis di Tambisan. Bangunan Balai Polis pada masa itu ialah bertiangkan kayu, beratap dan berdindingkan nipah. Lantainya nibung dan selepas beberapa tahun kemudian bangunan Balai Polis tersebut digantikan dengan lantai dan dinding papan atapnya dibuat daripada kayu Belian.
Kerani pertama yang dilantik di Pejabat Daerah Kecil Tambisan pada masa itu ialah kerani Jata anaknya yang benama Damim yang berasal dari Daerah Lahad Datu yang berpendidikan Darjah II dan atas usaha beliau membina sebuah sekolah di Tambisan dan mengajar seramai 22 orang pelajar dengan menulis di papan batu. Selepas kerani Jata ditukar beliau telah digantikan oleh Tun Sakaran Dandai ( Mantan TYT Sabah ). Selepas perkhidmatan Tun Sakaran Dandai, Tun telah digantikan oleh Sahari bin Tulis. Apabila Sahari bin Tulis ditukarkan ke Kinabatangan, beliau digantikan pula oleh kerani yang berasal dari Tatabuan yang bernama Agta. En. Agta telah bertukar kerja ke Marin Department sebagai Kapten. Beliau telah digantikan oleh En. Mohd Jamari dari daerah Lahad Datu. Apabila beliau meninggal dunia beliau digantikan oleh Mudreka bin Agil. Selepas tahun 90-an pejabat daerah kecil di tambisan dan kerani tidak diwujudkan lagi, tetapi bangunannya masih wujud sehingga hari ini.

Berbalik kepada perlantikan ketua kampung di Tambisan, selepas 4 tahun Panglima Ali menjadi ketua kampung, beliau telah digantikan oleh Ogi bin Amir Hassan, tetapi gelaran Panglima telah dimansuhkan dan digantikan dengan gelaran OT. Selang beberapa tahun OT Ogi bin Amir Hassan telah jatuh sakit dan mengalami lumpuh separuh badan ( Strok ). Oleh kerana kesihatan OT Ogi tidak mengizikan beliau menjalankan tugas, beliau telah digantikan oleh Mahiruddin Bin Haji Hussin iaitu bapa kepada Datuk Johar di masa pemerintahan kerajaan USNO. Semasa pilihanraya pada tahun 1976, USNO telah kalah kepada Parti Berjaya, oleh yang demikian, pertukaran kepimpinan dirombak, apabila Hj. Mahiruddin telah digantikan oleh Pendekar Nusur bin Mohd Sulani menjadi ketua kampung. Tidak lama selepas itu, Pendekar Nusur telah dinaikkan pangkat ke Ketua Anak Negeri. Tempat beliau telah digantikan oleh Hj. Ismail bin Mohd Gani. Hj. Ismail bin Mohd Gani pun telah dinaikkan pangkat ke Wakil Ketua Anak Negeri. Selepas itu, Imam Mansor bin Sarabi pula telah dilantik menjadi ketua kampung yang baru. Beliau memegang jawatan ketua kampung di Tambisan Pulau selama 15 tahun. Selepas Imam Mansor bin Sarabi ditamatkan perkhidmatan, beliau telah digantikan pula oleh Hj. Undin bin Oting. Selepas Hj. Undin meninggal dunia beliau telah digantikan pula oleh menantunya yang bernama Abd Wahab bin Ismani sehinggalah ke hari ini.

Semasa pemerintahan British, Tambisan Pulau adalah dibawah pentadbiran Daerah Lahad Datu. Ketua Anak Negeri Tungku yang pertama adalah Panglima Nalaja @ Buaya Bin Noh. Setelah pentadbirannya diambil alih oleh Sandakan, ketua anak negerinya pula telah digantikan oleh Arjani bin Abantas. Selang beberapa tahun, pentadbiran Tambisan Pulau telah diambil alih oleh Kinabatangan, setelah KAN Arjani meninggal dunia, Allahyarham pula digantikan oleh KK Nusur. Apabila KAN Nusur meninggal dunia, penggantinya ialah En. Moktar Bin Zakaria ada bertugas sekarang ini.

Perkembangan agama Islam di Tambisan bermula apabila seorang ulama dari Yaman telah berhijrah ke Sabah iaitu di daerah Sandakan. Beberapa tahun duduk di Sandakan, tuan guru mendengar khabar bahawa di Tambisan mempunyai tanah yang luas dan subur untuk bercucuk tanam. Oleh yang demikian, tuan guru telah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Tambisan. Sepanjang tuan guru berada di Tambisan beliau telah membantu dan memperkembangkan ajaran Islam dan seterusnya mengajar orang-orang di kampung Tambisan mengaji Al- Quran, mengajar sembahyang, Fardu Ain dan Fardu Kifayah dan berbagai-bagai lagi tuan guru ajarkan kepada penduduk kampung Tambisan.

Tambisan Pulau mempunyai sebuah balai Polis dan Sekolah Kebangsaan . Dalam tahun 2009 beberapa pemimpin telah datang ke Tambisan iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Penolong setiausaha KPLB Sabah, Datuk Nasir Bin Tun Sakaran, menteri di Jabatan Ketua Menteri dan pelbagai lapisan pemimpin yang hadir bagi melihat sendiri suasana di Tambisan. Dan ini sudah tentunya akan membawa kepada pembangunan yang terancang dan seterusnya memberi manfaat kepada penduduk kampung Tambisan keseluruhannya.

Tambisan Darat

Tambisan Darat telah dibuka oleh orang-orang tua yang terdiri dari penjaja, panglima-panglima yang membawa beberapa orang untuk membersihkan hutan dan dijadikan kebun. Pembukaan tanah di Tambisan Darat ini telah diketuai oleh Panglima Arak. Semasa pemerintahan Jepun, Panglima Arak telah berjuang mempertahanan tanah Tambisan Darat. Setelah Panglima Arak meninggal dunia, beliau telah digantikan oleh Panglima Gampal. Selepas pemerintahan Jepun, British telah mengambil alih pemerintahan dan melantik ketua kampung iaitu OT Lajja bin Malik. Apabila OT Lajja bin Malik meninggal dunia, Imam Mansor bin Sarabi menggantikan beliau sebagai ketua kampung selama 3 tahun sebelum Imam Mansor ditukarkan ke Tambisan Pulau. Menggantikan Imam Mansor di Tambisan Darat ialah Ahmad bin Abdul Hari semasa pemerintahan kerajaan PBS. Pada pilihanraya Negeri tahun 1994, tampuk pemerintahan berubah setelah kerajaan Barisan Nasional menang dalam pilihanraya tersebut. Kepimpinan bertukar dan ketua kampung Tambisan Darat telah digantikan oleh En. Abdul Majid Bin Tanbi dan menjadi ketua kampung sehinggalah hari ini.

" Sejarah Tambisan ini saya perolehi dari Profil Kampung Tambisan, semua cerita dan keterangan di atas adalah karangan Imam Mansor bin Sarabi. Segala kesulitan mengenai jalan ceritanya harap dimaafkan, kerana semua data yang saya perolehi adalah mengikut kehendak Imam Sarabi "


Pemilik blog....

Selasa, 25 Ogos 2009

Silam berpotensi untuk dijadikan Pusat Perlancongan dan perternakan Ikan dalam sangkar

Inilah yang dinamakan Bagang. Tempat menternak Ikan pelbagai jenis.
Ikan Kerapu yang diternak dalam sangkar. Memberikan pendapatan Lumayan
Saya sungguh terkejut apabila saya tiba di satu tempat di kg. Silam di mana satu perusahaan menternak ikan Kerapu pelbagai jenis. Saya difahamkan oleh penjaga disitu, pusat perternakan ikan kerapu ini adalah milik seorang berbangsa Tiongha. Apabila ikan kerapu ini telah dewasa, ia akan di export ke luar negara kerana permintaan ikan kerapu ini amat tinggi di pasarannya di luar negara. Harga bagi sekilo ikan kerapu jenis Tikus mencecah RM120.00 ke 180.oo sekilo. Disamping itu saya melihat keadaan di kawasan kg. Silam, saya mengambil kesempatan untuk memancing di sebelah pusat perternakan ikan Kerapu tersebut ( Bagang ). Memang rezeki saya pada hari tersebut, saya mendapat seekor ikan salai-salai dan 4 ekor ikan merah, wal hal di tempat saya memancing itu, tidaklah sedalam mana airnya, cuma tujuh depa sahaja (unit ukuran yang digunakan orang-orang kampung ). Asyik saya memancing, saya melihat di sekitar kawasan tersebut, memang sesuai dijadikan pusat perlancongan dengan membina resort dan pusat menyelam kerana batu karang di kawasan tersebut amat banyak. Kepada sesiapa yang membaca artikel dalam blog saya ini, luangkanlah masa anda untuk melihat sendiri pemandangan dan merasai sendiri suasana yang begitu nyaman dan mempersonakan.

Isnin, 24 Ogos 2009

Panglima Nalaja@Buaya Bin Noh





Nama Panglima Nalaja @ Buaya bin Noh adalah tidak asing lagi bagi penduduk di kawasan Tungku. Beliau adalah Ketua Anak Negeri pertama di Tungku. Perjuangan beliau menentang penjajahan pada tahun 1940-an di kawasan Tungku, amnya negeri Sabah telah diketahui oleh orang ramai yang seangkatan dan pernah bersama-sama Panglima Buaya berjuang menuntut kemerdekaan Sabah. Panglima Nalaja @ Buaya adalah berketurunan Bajau Bangihngih. Untuk pengetahuan kepada semua pengunjung blog saya ini, keturunan Panglima Nalaja @ Buaya kini berada di Kampung Telisai, Tungku. Saya adalah cicit kepada Panglima Nalaja. Bukan kerana bangga saya paparkan cerita Datuk mayong saya di blog ini , tetapi untuk tetapan generasi penyambung kepimpinan yang akan datang, dengan lebih mengetahui perjuangan orang-orang dahulu. Bagaimana susahnya hidup di zaman pemerintahan Jepun. Kita hari ini amat bertuah kerana dilahirkan dizaman negara sudah merdeka. Kita hanya penyambung dan mewarisi segala kemajuan negara yang sudah merdeka. Marilah kita sama-sama mengisi kemerdekaan negara yang tercinta ini dengan penuh kesyukuran demi untuk memartabatkan Malaysia di mata dunia.

Bengkel Keibubapaan Untuk Tabika dan Taska




Minggu ke dua bulan ogos 2009 saya telah diberi penghormatan untuk merasmikan bengkel keibubapaan yang telah dianjurkan oleh Kemas P188 Silam. Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan berkongsi pengalaman bersama ibubapa mengenai pemakanan menu pemakanan sihat dan teknik permainan perkembangan kanak-kanak bagi umur 0-6 tahun. Program ini melibatkan dua buah Tabika dan sebuah Taska iaitu Tabika Kg. Telisai dan Kg. Mundas serta Taska An-Nur Kg. Telisai. Penceramah adalah di kalangan guru-guru Tadika dan Taska. Saya amat bersyukur kerana keperihatian pihak Kemas dan guru-guru memberi pengetahuan kepada ibubpa mengenai pemakanan kanak-kanak Tabika dan Taska. Ini akan memberikan motivasi kepada ibubapa untuk menyediakan makanan yang seimbang kepada anak-anak mereka.

Penginapan di Felda Residence Sahabat



Baru-baru ini saya telah menginap di Felda Residence Sahabat sempena Liga Sukan Komuniti Tungku yang diadakan di Felda Bandar Sahabat. Penginapan di sini amat selesa dengan kemudahan kolam mandi dan bilik yang begitu luas. Penginapan di sini adalah satu-satunya penginapan di kawasan Tungku yang sememangnya terkenal dan selalu dikunjungi oleh orang ramai yang berkelah di pantai Felda Sahabat. Untuk pengetahuan semua, pada sebelah subuh pula, matahari terbit yang pertama di Malaysia ialah di Felda Bandar Sahabat. Saya sendiri menyaksikan suasana tersebut. Jadi saya mencadangkan kepada orang ramai datanglah berkunjung dan seterusnya menginap di Felda Residence Sahabat untuk merasai sendiri suasana yang jarang-jarang kita rasakan. Sewa bilik termasuk minum pagi untuk dua orang ialah RM120.00 sahaja, dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di sini seperti kolam renang, pantai untuk berkelah, Wi fi Internet di ruang lobi Resort, kemudahan siaran Astro di bilik penginapan dan perkhidmatan yang mesra pelanggan yang sudah tentunya menarik minat orang ramai datang ke Felda Residence Sahabat.